About Us

Assalamualaikum….

Selamat datang kepada anda semua ke laman portal rasmi Homestay Malaysia ini. Kami merupakan rangkaian pengiklanan alam maya yang lebih memfokuskan kepada penyenaraian homestay di seluruh Malaysia. Rangkaian kami tidak terhad kepada portal ini semata-mata, kerana kami juga menggabungkan platform lain seperti Facebook Group, Fanpage, Instagram dalam usaha kami untuk memaksimumkan kadar capaian iklan setiap ahli.

Homestay Malaysia mula ditubuhkan pada 11 Mei 2015.

Dikenali sebagai “Forum Carian Homestay Semalaysia” pada 15 Nov 2016.

Jumlah terkini pemilik homestay didalam group ini adalah +/- 1000 rumah inap.

Matlamat utama adalah untuk membantu memudahkan bakal2 penginap mendapatkan homestay diseluruh lokasi di Malaysia mengikut keperluan dan kepuasan hati.

Disamping memberi ruang untuk membuat pilihan yang lebih tepat serta dapat berurusan dengan pemilik homestay secara “Direct Deal”.

Kewujudan komuniti seumpama ini juga bertujuan untuk mengekang aktiviti2 “scammer Homestay” yang telah banyak menipu pelanggan.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku dikalangan ahli2 group, pemilik2 homestay yang menyertai group ini akan ditapis dari semasa ke semasa.

Sekiranya gagal dalam proses penapisan pemilik2 homestay akan disingkirkan dari keahlian @ di block terus dari group.

Sila buat Aduan kepada Admin sekiranya terdapat unsur2 penipuan yang dilakukan oleh pemilik2 homestay didalam group ini untuk diambil tindakan oleh pihak Admin.

Platform Lain
Fanpage: Homestay Malaysia
Blog: Homestay Malaysia
IG: _Homestay Malaysia_
Mobile Apps: Homestay Malaysia (coming soon)